[DOA] : Doa untuk Kesembuhan Pening dan Demam

[DOA] : Doa untuk Kesembuhan Pening dan Demam

Apa Petunjuk Rasulullah S.A.W Untuk Rawatan Demam?

1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dgn air. Atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur-

3-Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x, 7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x In syaa Allah..

4- Daripada Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

________________________

#. Semoga kita semua sentiasa sihat, dapat menjalani kehidupan dengan ceria dan terbuka untuk melakukan semua perkara yang bermanfaat. Kami doakan anda sentiasa mendapat perlindungan dari Allah S.W.T..

Rujukan : Ustaz Don Daniyal https://www.facebook.com/photo.php?fbid=557910134252017&set=a.347617158614650.79008.347615938614772&type=1&theater

Wallahu A’lam. Spread The Message. Share The Reward. Jazakallahu Khairan Kathiran, TQ :)

[Ustaz Don Daniyal Don Biyajid] : Tips Mudah Buat Para Isteri supaya lembut hati suami dan anak-anak rukun damai serta dengar kata..

[Ustaz Don Daniyal Don Biyajid] : Tips Mudah Buat Para Isteri supaya lembut hati suami dan anak-anak rukun damai serta dengar kata..

Tips Mudah Buat Para Isteri… (via- Ustaz Don Daniyal Don Biyajid)

Para isteri yang mithali, walaupun anda mepunyai pembantu rumah, pastikan juga Nasi yang dimakan oleh suami dan anak-anak itu dimasak dengan tangan isteri sendiri kerana “Air Tangan” isteri itu ada barakahnya.

Pastikan ketika membasuh beras, tangan hendaklah sentiasa berpusing arah lawan jam (arah tawaf) dan ketika bilasan air beras yg akhir, selawat 7x dan niat di dalam hati mohon kepada ALLAH Swt supaya lembut hati suami dan anak-anak rukun damai serta dengar kata..

InsyaALLAH akan bertambahlah kasih sayang suami terhadap isteri dan anak-anak.

(rujukan: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=551960571513640&set=a.347617158614650.79008.347615938614772&type=1&theater

Wallahu A’lam. Spread The Message. Share The Reward. Jazakallahu Khairan Kathiran, TQ 🙂

Doa Untuk Anak yang Nakal, -via Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Doa Untuk Anak yang Nakal, -via Ustaz Don Daniyal =)

Selain DOA UNTUK ANAK YANG NAKAL, bertikut ialah petikan daripada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood :

DOA-DOA DARI QURAN:

  • Doa Agar Anak Cepat Cerdik :SURAH AL-ANBIYA’ AYAT 79.
  • Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
  • Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
  • Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
  • Doa Kasih Sayang Suami Isteri : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

Please “Share” with others. Jazakallahu Khairan, TQ 🙂