Peringatan telah datang. Apa alasan tidak berubah?

wanita-bertudung

“drama2 korea, jepun kau layan lagi.. filem2 mat salleh dedah aurat, adegan 18+ kau tengok lagi.. awek2 tepi jalan, kau usha lagi.. baju & seluar adik kau yang ketat tu kau pakai lagi.. tudung singkat atas dada tu, kau pakai lagi..”

Tinggalkanlah semua (diatas) ini! (siapa buat, dia terasa)..

“Der..tau buat.. Taubat!..form 5 dah belajar surah An-Nur ayat 30-31 kan?..ke ust. & ustzh tak ajar?”

..

Pastikan kita sentiasa “berniat & berazam untuk berubah” dan “bertindak untuk berubah”. Sekalipun tersungkur lagi, terus beristighfar, bertaubat dan berjanji pada diri tidak mengulangi dosa yang lepas.

Paling penting, laksanakan Solat dengan sempurna dan khusyuk kerana Solat dengan sempurna itu mencegah kemungkaran. Juga sentiasalah memohon diberikan Taufiq & Hidayah oleh Allah agar kita sentiasa kekal dalam kebaikan dan terhindar daripada perlakuan dosa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan maka hendaklah dia menikah, kerana hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah perisai baginya.” (riwayat Al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)

..

Fikir logik, sekurang-kurangnya walaupun banyak kali anda gagal dalam “journey perubahan POSITIF”, anda tetap dapat pahala kerana terus MENCUBA dan TIDAK PUTUS ASA!.. jangan risau, Allah SWT tidak kejam.. Kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya.. dan kita jangan sesekali berputus asa daripada Rahmat-Nya..!
..
..
..
..
..
..
..
Cuma.. sekali anda telah diberi peringatan, Allah akan soal di akhirat kelak, tentang peringatan yang telah diberikan kepada anda.. by that time.. tiada alasan boleh diberikan untuk tidak berubah.. kerana peringatan telah datang kepada anda.. buktinya..

..
ANDA TELAH BACA ARTIKEL INI !!!!”..

..
bukan nak takutkan, tapi itulah kenyataan. AllahuAkbar!

‪#‎HijrahSatuPENGORBANAN‬ ‪#‎NeverGiveUp‬ ‪#‎Berubahlah‬ .. ‪#‎ImALeader‬

[QURAN] : “La yukallifullahu nafsan illa wus’aha”,(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Ingatlah kita bahawa Allah kata dalam Quran, “La yukallifullahu nafsan illa wus’aha” yang bermaksud “Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya” (Quran Surah Al-Baqarah, ayat 286). Benar, kita rasa penat, sempit, rasa susah dll, tetapi yakinlah bahawa apa yang kita hadapi sekarang ini pasti kita mampu harungi, sebab Allah dah berjanji bahawa dia tidak akan beri kita sesuatu yang kita tak mampu tanggung. Oleh itu, usahalah dengan sebaiknya, banyakkan berdoa, dan teruskan bersabar kerana sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar, “Innallaha ma’assobirin”,(Quran Surah Al-Baqarah, ayat 153). Percayalah~

[QURAN] Orang Mukmin itu Bersaudara.

Kartun Dakwah#158 : [QURAN] Sesungguhnya Orang- orang Mukmin itu Bersaudara.

*Arabic calligraphy : The believers are but brothers

[QURAN 49:10] : The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy.

*Terjemahan : [QURAN 49:10] Sesungguhnya orang- orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

Wallahu A’lam. Spread The Message. Share The Reward. Jazakallahu Khairan Kathiran, TQ 🙂