[HADIS] Pandangan Kasih Sayang Suami Isteri.

Kartun Dakwah#161 : [HADIS] Pandangan Kasih Sayang Suami Isteri

*Terjemahan : Nabi s.a.w. bersabda: “Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang) maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang.”

Wallahu A’lam. Spread The Message. Share The Reward. Jazakallahu Khairan Kathiran, TQ 🙂

Advertisements

4 Turutan Kewajipan Seorang Isteri/Suami

Kartun Dakwah#107 : Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

Assalamualaikum…

Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

Kadang-kadang kita keliru, sebagai anak lelaki, kita nak utamakan ketaatan kepada siapa..? Nak utamakan ibu bapa atau isteri..?
Kadangkala yang perempuan sebagai isteri, nak taat kepada suami atau ibu bapa, yang mana lebih patut diutamakan..?

Jadi, pelbagai keadaan berlaku dalam kehidupan kita.

Sebagai suami wajib taat kepada ibu bapa, dan isteri wajib taat kepada suami. Jika ada sebarang masalah, bersegeralah untuk berbincang dan bertolak ansur.

Semoga kita sentiasa menjaga kewajipan kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa dengan sempurna.

Wallahualam…

Please “Share” with others. Jazakallahu Khairan Kathiran, TQ:)