[ARTIKEL] Awak Tutup Aurat ke Bungkus Aurat?

Kartun Dakwah#162 : Islam Teaches To COVER, Not to WRAP Aurat.

*Terjemahan : Islam mengajar untuk TUTUP aurat, bukan BUNGKUS Aurat.

Cuba bayangkan, kita ada dua buah iphone. sebuah iphone kita letak dalam kotak dan diletakkan tempat awam dan iphone lagi satu kita letak macam tu je terdedah kat tempat awam, agak- agak yang mana kena curi?

A. Yang dalam kotak
B. Yang terdedah macam tu je

Jawapan dia metilah yang terdedah, kan? haa!, nampak tak situasi ni dengan tudung/ hijab yang kita pakai. Sebenarnya, Allah tetapkan semua peraturan ni dah cantik sempurna dah, dia tetapkan kita untuk tutup aurat supaya kita terpelihara daripada benda tak baik, bukannya untuk merendahkan darjat kita ke apa.

Baiklah, sebagai bukti, apabila kita beli emas, pekedai tu mesti akan tutup emas tu elok2 dalam bekas dia, kenapa? untuk memastikan emas tersebut terjaga elok dan terpelihara sebab emas itu tinggi darjat nilai dia, amat berharga. Jadi, kaitannya ialah, wanita juga begitu, Allah mengangkat darjat seseorang wanita itu. Buktinya, Allah menetapkan supaya wanita menutup aurat dengan sempurna apabila dia keluar rumah(misalnya), supaya wanita ini tidak dipandang2 oleh lelaki2 dan supaya maruah dan kehormatannya terpelihara. Kerana, “wanita ini ibarat emas yang berharga, jika tidak “dilindungi” akan menjadi bahan tarikan dan berisiko “dicuri”.”

In reality, all the beautiful things in life are covered up. From the pearls in their shells, to the jewellery in their safe, even to the Queens in their castles. See, Beautiful things need to be protected not to put on display for the whole world to touch and see, this devalues their true price.

Kesimpulannya, sesungguhnya Allah Maha Kasih akan hamba- hambanya, dan dia lah yang Maha Bijaksana dalam menetapkan sesuatu hukum, peraturan, jadi kita cuma perlu ikut sahaja segala peraturan-Nya untuk hidup bahagia dan sejahtera dunia & akhirat. ^^

p/s: Lelaki dan wanita perlu menutup aurat dengan sempurna. Artikel ini berbahas berkenaan aurat wanita, oleh itu topik aurat lelaki tidak disebut banyak dalam artikel ini. Segala kelemahan dan salah silap harap diberi teguran, TQ.

Wallahu ‘Alam. Spread The Message, Share The Reward. InsyaAllah 🙂