Projek Dakwah Tarbiah#2: “Doa Mohon Kebaikan Dunia Akhirat” Beserta Terjemahan

Assalamu’alaikum 😀

Alhamdulillah, edaran Projek Dakwah Tarbiah kertas A4 yang kedua disiapkan! InsyaAllah, dengan bantuan edaran ini dan dengan Izin Allah, orang dewasa mahupun kanak-kanak, akan lebih mudah memahami makna ayat. Bahkan, telah disediakan “tulisan rumi”, untuk bacaan  bahasa arab. Tujuannya supaya mereka yang tidak boleh membaca tulisan jawi (bahasa arab), masih boleh membaca doa yang tertulis. Namun, untuk mereka yang sebegini, saya minta supaya anda menyemak bacaan doa tersebut dengan mereka yang lebih alim, agar “makhraj” (tempat keluar) huruf bertepatan. Senang cerita, agar sebutan anda tepat. Sekian daripada Amir untuk entri pada kali ini. Klik sahaja link di bawah ini untuk mulakan kerja dakwah kita! [Klik, Download, Print, Edar]

DOA KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT EDARAN (MICROSOFT WORD)

..
..
..
..

..
..
..
..
..

..
..
..
..
..

P/S: Saya tidak bertanggangungjawab atas sebarang perkara yang berlaku atas penggunaan maklumat yang anda peroleh daripada Khalifah Siber. Wallahu’alam.

Peringatan telah datang. Apa alasan tidak berubah?

wanita-bertudung

“drama2 korea, jepun kau layan lagi.. filem2 mat salleh dedah aurat, adegan 18+ kau tengok lagi.. awek2 tepi jalan, kau usha lagi.. baju & seluar adik kau yang ketat tu kau pakai lagi.. tudung singkat atas dada tu, kau pakai lagi..”

Tinggalkanlah semua (diatas) ini! (siapa buat, dia terasa)..

“Der..tau buat.. Taubat!..form 5 dah belajar surah An-Nur ayat 30-31 kan?..ke ust. & ustzh tak ajar?”

..

Pastikan kita sentiasa “berniat & berazam untuk berubah” dan “bertindak untuk berubah”. Sekalipun tersungkur lagi, terus beristighfar, bertaubat dan berjanji pada diri tidak mengulangi dosa yang lepas.

Paling penting, laksanakan Solat dengan sempurna dan khusyuk kerana Solat dengan sempurna itu mencegah kemungkaran. Juga sentiasalah memohon diberikan Taufiq & Hidayah oleh Allah agar kita sentiasa kekal dalam kebaikan dan terhindar daripada perlakuan dosa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan maka hendaklah dia menikah, kerana hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah perisai baginya.” (riwayat Al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)

..

Fikir logik, sekurang-kurangnya walaupun banyak kali anda gagal dalam “journey perubahan POSITIF”, anda tetap dapat pahala kerana terus MENCUBA dan TIDAK PUTUS ASA!.. jangan risau, Allah SWT tidak kejam.. Kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya.. dan kita jangan sesekali berputus asa daripada Rahmat-Nya..!
..
..
..
..
..
..
..
Cuma.. sekali anda telah diberi peringatan, Allah akan soal di akhirat kelak, tentang peringatan yang telah diberikan kepada anda.. by that time.. tiada alasan boleh diberikan untuk tidak berubah.. kerana peringatan telah datang kepada anda.. buktinya..

..
ANDA TELAH BACA ARTIKEL INI !!!!”..

..
bukan nak takutkan, tapi itulah kenyataan. AllahuAkbar!

‪#‎HijrahSatuPENGORBANAN‬ ‪#‎NeverGiveUp‬ ‪#‎Berubahlah‬ .. ‪#‎ImALeader‬

#TIPKAYABERJAYA 1 : Syukur (Artikel Ringkas)

Segala Ilmu milik Allah Ta’ala..Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim 😀

” SYUKUR “

Bilakah kali terakhir kita bersyukur yang kita masih lagi sihat pada hari ini ?
Bilakah kali terakhir kita bersyukur kita mempunyai rumah dan kereta pada hari ini ?

The Power of Syukur

Konsep dia sekarang macam ini, barangsiapa bersyukur Allah tambah nikmat-Nya kapada dia.. [Surah Ibrahim ayat 7]surah ibrahim ayat 7

Siapa lagi yang lebih baik janjinya selain Allah SWT?


Satu peringatan untuk kita sama- sama kita renungkan, Ingatlah bahawa
“Rezeki/ Nikmat itu bukan hanya duit semata- mata”


Sebalinya boleh jadi sihatnya kita, anak kita sihat tiada cacat, misalnya. Hidup kita tenang pun suatu nikmat! Berapa ramai orang di luar sana meskipun kaya namun hati tak pernah tenteram? Tersangat ramai. Maka, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang..

Cuba kita bayangkan, pagi tadi lepas kita sarapan makan karipap tiga biji misalnya, dan kemudian kita syukur kepada Allah “Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Engkau berikan kepadaku pagi ni”

Bayangkan.. jika Allah nak jadikan dengan asbab kita syukur atas rezeki kita yang sedikit itu , Allah beri kita rezeki lebih besar, contohnya petang nanti tiba- tiba kawan lama kita masa sekolah dulu  datang rumah dan belikan kita sebiji kereta BMW 5 series.. Wah, Hebatnya !!

Persoalan dia, MUSTAHILKAH benda macam ini boleh berlaku?
“Jawabnya TAK MUSTAHIL”

“Tidak ada yang mutahil dengan Izin Allah Ta’ala”


Allah SWT kan Maha Kaya, jadi mintalah kekayaan pada Allah tidak kiralah kaya duit, kaya ilmu, kaya pangkat, kaya anak dan sebagainya, kita minta pada pemilik kekayaan sebenar, Allah SWT , InsyaAllah Allah pasti perkenankan doa kita sebab Allah berfirman dalam Quran Surah Ghafir ayat 60 “..Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu..”.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam berdoa pula, kita mesti yakin terhadap doa kita bahawa Allah pasti perkenankan doa kita dengan kata lain bersangka baik pada Allah, kerana dalam suatu Hadis Qudsi dinyatakan bahawa “Aku(Allah) menurut sangkaan hamba-hambaKu kepadaKu..”. Senang cerita, jika kita rasa yakin kepada Allah kabulkan doa kita, maka InsyaAllah itu yang terjadi..dan sebalinya. Wallahu’alam 😀
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[SUNNAH] : Berlumba Lari (Artikel Ringkas)

Rasulullah pernah berlumba lari dengan isteri Baginda. 😀

Aisyah bercerita: “Suatu hari aku dan Rasulullah berlumba lari, dan aku mengalahkannya. Beberapa lama kemudian apabila aku telah bertambah gemuk, kami berlumba lagi. Kali ini Baginda mengalahkan aku. Baginda bersabda: “Ini (balasan) untuk yang terdahulu.” (Riwayat Abu Dawud)

Menurut Ibn al-Qayyim dalam al-Tib al-Nabawi, berjalan dan berlumba lari ialah latihan untuk seluruh badan. Aktiviti ini dapat mencegah daripada penyakit kronik.

Kajian moden turut menunjukkan bahawa aktiviti berjalan 30 minit sehari memberikan banyak kebaikan, antaranya:

# Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari
# Meningkatkan tekanan darah
# Mengawal berat badan
# Menurunkan risiko kegemukan (obesiti) 

Terbukti, sunnah membawa kebaikan dunia dan akhirat sekali gus. 😀

**Gambar hanya hiasan semata-mata
IMG_9081