HI (!) Awaklah Yang Tengah Baca Blog Ni !. Jom Kenali Islam Melalui Komik di Bawah ini. ENJOY ^^

HI (!) Awaklah Yang Tengah Baca Blog Ni !. Jom Kenali Islam Melalui Komik di Bawah ini. ENJOY ^^

Haa! Dah habis baca? Sebenarnya “comic strips” tersebut ialah gambaran ringkas mengenai agama Islam yang kita tahu merupakan antara agama yang paling ramai dianuti di serata dunia.

Islam? ajaran Islam bukanlah sekadar perkara HALAL dan HARAM, tetapi, Islam merangkumi SEGENAP ASPEK KEHIDUPAN manusia, yakni Islam sebagai “Way of Life” daripada sekecil- kecil perkara seperti makan, minum, tidur, mandi, dan berjalan sehinggalah sebesar- besar perkara seperti pentadbiran negara, peperangan dan sains alam semesta. HEBATkan Islam!^^. Hari ini, sekiranya anda melihat umat Islam yang buruk akhlaknya (Membuli, mencuri dsb).. Maka, ketahuilah bahawa bukan Islam itu keji, tetapi mereka(yang tidak mematuhi suruhan agama) itu yang merosakkan keindahan Islam. Sesungguhnya, Islam itu Indah, dan Islam mendidik umatnya untuk berperilaku Indah. Ingat! Islam bukan agama menghalang, tetapi agama mendidik ❤ -Admin

Please “Share” with others. Jazakallahu Khairan, TQ :)

Projek Dakwah Tarbiah#2: “Doa Mohon Kebaikan Dunia Akhirat” Beserta Terjemahan

Assalamu’alaikum 😀

Alhamdulillah, edaran Projek Dakwah Tarbiah kertas A4 yang kedua disiapkan! InsyaAllah, dengan bantuan edaran ini dan dengan Izin Allah, orang dewasa mahupun kanak-kanak, akan lebih mudah memahami makna ayat. Bahkan, telah disediakan “tulisan rumi”, untuk bacaan  bahasa arab. Tujuannya supaya mereka yang tidak boleh membaca tulisan jawi (bahasa arab), masih boleh membaca doa yang tertulis. Namun, untuk mereka yang sebegini, saya minta supaya anda menyemak bacaan doa tersebut dengan mereka yang lebih alim, agar “makhraj” (tempat keluar) huruf bertepatan. Senang cerita, agar sebutan anda tepat. Sekian daripada Amir untuk entri pada kali ini. Klik sahaja link di bawah ini untuk mulakan kerja dakwah kita! [Klik, Download, Print, Edar]

DOA KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT EDARAN (MICROSOFT WORD)

..
..
..
..

..
..
..
..
..

..
..
..
..
..

P/S: Saya tidak bertanggangungjawab atas sebarang perkara yang berlaku atas penggunaan maklumat yang anda peroleh daripada Khalifah Siber. Wallahu’alam.

Peringatan telah datang. Apa alasan tidak berubah?

wanita-bertudung

“drama2 korea, jepun kau layan lagi.. filem2 mat salleh dedah aurat, adegan 18+ kau tengok lagi.. awek2 tepi jalan, kau usha lagi.. baju & seluar adik kau yang ketat tu kau pakai lagi.. tudung singkat atas dada tu, kau pakai lagi..”

Tinggalkanlah semua (diatas) ini! (siapa buat, dia terasa)..

“Der..tau buat.. Taubat!..form 5 dah belajar surah An-Nur ayat 30-31 kan?..ke ust. & ustzh tak ajar?”

..

Pastikan kita sentiasa “berniat & berazam untuk berubah” dan “bertindak untuk berubah”. Sekalipun tersungkur lagi, terus beristighfar, bertaubat dan berjanji pada diri tidak mengulangi dosa yang lepas.

Paling penting, laksanakan Solat dengan sempurna dan khusyuk kerana Solat dengan sempurna itu mencegah kemungkaran. Juga sentiasalah memohon diberikan Taufiq & Hidayah oleh Allah agar kita sentiasa kekal dalam kebaikan dan terhindar daripada perlakuan dosa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah memiliki kemampuan maka hendaklah dia menikah, kerana hal tersebut lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah perisai baginya.” (riwayat Al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400)

..

Fikir logik, sekurang-kurangnya walaupun banyak kali anda gagal dalam “journey perubahan POSITIF”, anda tetap dapat pahala kerana terus MENCUBA dan TIDAK PUTUS ASA!.. jangan risau, Allah SWT tidak kejam.. Kasih sayang-Nya mendahului kemurkaan-Nya.. dan kita jangan sesekali berputus asa daripada Rahmat-Nya..!
..
..
..
..
..
..
..
Cuma.. sekali anda telah diberi peringatan, Allah akan soal di akhirat kelak, tentang peringatan yang telah diberikan kepada anda.. by that time.. tiada alasan boleh diberikan untuk tidak berubah.. kerana peringatan telah datang kepada anda.. buktinya..

..
ANDA TELAH BACA ARTIKEL INI !!!!”..

..
bukan nak takutkan, tapi itulah kenyataan. AllahuAkbar!

‪#‎HijrahSatuPENGORBANAN‬ ‪#‎NeverGiveUp‬ ‪#‎Berubahlah‬ .. ‪#‎ImALeader‬

Seret Anak ke Masjid. Lupa atau Malas?

MOSQUE PRAYERS 4   images

#Bawa Anak Ke Masjid Selalu. Kelak Mereka Cinta Akan Masjid, dengan Izin Allah.


Hakikat “Paling Tragis” ialah apabila ayah-ayah dan atuk-atuk, dah elok datang ke Masjid untuk solat berjemaah, dengar kuliah maghrib, kuliah subuh, duduk dalam majlis ilmu, tapi..

ANAK-ANAK KAT RUMAH.. BIAR TIDUR, LANYAK SUBUH..
ANAK-ANAK KAT RUMAH.. BIAR TERCONGOK DEPAN TV, TENGOK DRAMA KOREA, JEPUN
ANAK-ANAK KAT RUMAH.. BIAR TERSADAI DEPAN PC, FACEBOOK, SKYPE, LAYAR BUKAN2

“Dah mu ingat, mu sorang je nak masuk syurga?!”

..

**Jangan sampai anak ini mengheret engkau ke jurang neraka, tatkala engkau setapak lagi untuk ke Syurga**

#TazkirahRINGKAS #ImALeader

 

Smartphone dan Pisau. “Sama Tak Serupa”.

151858    iphone 6
#SAMATAKSERUPA

Berhati-hatilah dengan “smartphone” anda! Smartphone ibarat pisau, dengannya kita boleh buat 1001 kebaikan, tetapi dengannya juga kita boleh buat 1001 kejahatan. Jadi, gunalah telefon pintar anda sebaik-baiknya (untuk buat baik).

Jika anda menghabiskan rutin harian anda di telefon pintar lebih lama daripada di “dunia nyata” ini, berwaspadalah kerana berkemungkinan telefon pintar anda lebih pintar daripada anda…MuahAHhhhaahah *gelakan kejahatan* (evil laugh)

Sekian Tazkirah Dhuha.. AllahuAkbar! 😀 ‪#‎PendakwahMuda‬ ‪#‎JutawanMuda‬‪ #‎ImALeader‬

Muslim Manga.

palestine


ABOUT MUSLIM MANGA: 

Muslim Manga provides powerful stories that cover historic events, religious stories, current struggles, or even just day to day events and interactions of people. We want to help show that muslims are not how the media is depicting us and as that we are ordinary people with a history of helping others, defending the weak and innocent, and that we can be heroes too!

We believe that the best way to teach people the truth is through art and story telling and many of our fans agree with us. Over the past 5 years, we have grown our community and have had many fan submitted manga, stories, and art. We now want to take our production to the next level and begin writing full length manga novels as well as increase our community to cover more people. We think that with your support, we will be able to do this. We already have the stories of several mangas written and edited and are ready to take them into production, we just need your support to raise the funds to hire more artists so we can finish our first novel this year.

http://muslimmanga.org/ #ImALeader

Rahsia Orang Berjaya. “The Power of FOCUS!”

stay-focused-til-its-done

“Orang Berjaya”, mereka FOKUS dalam setiap benda mereka buat. Apabila mereka START buat sesuatu, mereka akan buat sehingga HABIS. Orang yang gagal, mereka pandai start, tapi tak pernah habis.

Contoh mudah, dalam semua buku (novel, ilmiah dll) yang pernah kita beli, berapa banyakkah yang benar- benar kita berjaya HABIS membacanya? *sentap*

Jika anda mempunyai prinsip FOKUS seperti di atas, tahniah saya ucapkan. 😀

Perhatikan Solat Fardhu 5 waktu kita, Allah SWT telah menyusun “Nilai Kejayaan” ini untuk kita, hari-hari kita dilatih sebenarnya (tanpa kita sedar). Maka beruntunglah orang-orang beriman. Yakni yang khusyuk (fokus) dalam solatnya (23:1-2). Buktinya, bermula kita mengangkat takbir, kita dilarang keluar daripada solat (tanpa sebab yang membolehkan), sehinggalah kita selesai solat. Ibarat, Allah SWT sedang mengajar kita, apabila kita mula buat sesuatu (yang baik), kita mesti selesaikannya. Setuju dengan saya?

Dua kesimpulan di sini:

Pertama, siapakah diri kita tidak mahu buat apa yang Allah suruh, dan tinggal apa yang Allah larang? Adakah kita cuba mengatakan bahawa kita lebih tahu tentang diri kita sendiri berbanding Allah SWT? Nasihat untuk diri saya sendiri, sedarlah, walaupun sesuatu benda itu kita suka buat, tengok, dengar, rasa atau apa sahaja, tetapi jika Allah melarang perkara itu, maka layakkah kita menentangnya? Dan bukankah Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita, sedangkan kita tidak mengetahui?

Kedua, aplikasikan nilai FOKUS yang kita baru kita belajar ini dalam setiap urusan (yang baik) harian kita. InsyaAllah, anda Kaya dan Berjaya!, fi Dunya wal Akhirat.. AllahuAkbar 😀  ‪#‎ImALeader‬